21 April 2014

Ape ape ??

HAI ^_^
 
Ketemu lagi kita setelah sekian lama berpisah...
So apa nak story ?? macam - macam adoooo....

Korang pernah mengalami situasi dimana uols hidup dengan orang yang tak pandai jaga hati dan perasaan korang ? pernah tak ? 

okay let's me begin the story.....



Alkisah untuk beberapa semester ni kenalah duduk ikut kehendak orang atasan. yelah. kita ni orang bawahan. tak layak pilih member. eh gituhh ? 

aku tak fahamlah kenape mesti awak tu tak reti nak jaga apa yang patut dijaga. kita kan manusia. perempuan. tak reti ke nak jaga kebersihan , kekemasan ? 


then... kita ni kalau tak reti hormat privacy orang lain pon, belajar lah untuk pandai jaga. untuk diri sendiri jugak. ni kalau dah aku balik katil macam neraka tak ke makian kau kene ?

dah tahu diri tu kurang ajar, ubah ! ni tak. ego tak bertempat. 

fuhh... memang aku marah... aku pon manusia jugak.. aku diam sebab aku benci. menyampah. sakit hati.

okay.cuba fikir. dulu kau okay je dengan yang lain ni. tetibe ade sekor ni datang. dia cuba memisahkan kau dengan yang lain lain. kau ade fikir ? 

aku kan. aku cuma akan memberontak. tu je. mukamad =)

8 January 2014

DEEP.

CAK !!!

ASSALAMUALAIKUM =)

Lama sangat sangat tak jenguk blog ni. Banyak lagi urusan lain kene buat. ececece.... poyo je...

So how's life ? Dah dekatkan diri dengan Allah ?? =)

Sempena tahun 2014 ni, marilah kita bertaubat dan dekatkan diri lagi dan lagi dengan ALLAH....


Terlalu banyak benda nak luahkan. Yelah ada kalanya kita nak jugak mengadu dengan benda bukan hidup kan. Bukan tak puas mengadu dengan ALLAH dengan kawan kawan rapat, cuma senang cerita mengharaplah " orang berkenaan " baca entri ni =)


Nak bukak buku 2013 .........

Aku tak berapa ingat fixed date kejadian ni berlaku. Cuma ianya berlaku diluar apa yang aku sangka dan fikirkan. Aku takde la lama sangat kenal Si P ni, adelah dalam 4 tahun jugak dah kenal. Orang kapel ni aku kekadang pelik. Tetibe aku terfikir agaknya dulu zaman jahiliyah aku kapel mesti orang lain annoyed dengan aku kan kan. HAHAHA ^^
That time aku baru je tahu cerita tu dalam 3 hari. And yang sedih teramat aku dah digelar sebagai busybody. Bagai langit menghempas diri aku that time. Sedih + terkilan bila kita care pasal kawan kita and dia anggap macam tu..... Aku cuma taknak Si L ni mempermainkan hati Si P ni. Tu je niat aku. Sebab Si L ni baru clash and tetibe masuk jarum. Tak pelik ? erm..... Maybe silap aku agaknya ceroboh privacy orang lain sampai aku terbaca segalanya. Aku berdoa agar korang dipertemukan jodoh and please lah JAGA SOLAT =)




Ni cerita lain pulak okay. Lain perenggan lain ceritanya. Aku jenis manusia yang BENCI akan manusia yang suka lepak kat katil aku bila aku dah penat cuci cadar penat kemas katil tetibe kau datang lending kat katil aku siap guna selimut dengan bantal bantal aku. Kalau korang bingit tak dengan orang macam ni ?? Selain tu aku geli okay. Yes memang kau akan kata kau dah mandi kau tu bersih but please lah faham. AKU TAK SUKA,AKU BENCI,AKU GELI !



Pasal SOLAT. ermm... takde manusia yang perfect dalam dunia ni. tapi still boleh jadi kan diri yang terbaik kan. Tak salah tegur menegur. Tapi bila dah tegur buat macam taik memang lah langsuir kau ni. Aku memang tak suka tegur kau sebab kau besar. Dah ade boifren / gelfrendah. Tu kira kau dah ade nafsu la kan ? Entahlah kawan. Aku dah penat. Aku dah pernah tanya. Aku dah buat depan kau. Siap mengaji lagi. Bukan aku nak menunjuk. Cuma aku takot nanti kat "sana" ALLAH tanya aku kenapa tak ajak korang sekali sembah ALLAH. Aku takot. Tapi aku dah buat yang mana perlu. Selemah lemah iman adalah membenci dalam hati. PLEASE LAHHHH SOLAT. KAU TAK SOLAT TAPI KAU PANDAI KAU DEKAN BELAJAR TU NAMA DIA ISTIDRAJ.
Solat lah wahai kawan :( Apa itu ISTIDRAJ ?



So setakat ni tu je dulu.... to be continue ^^

29 May 2013

aku dia kau =)



ALOHA ~

so hows life ? okay ? ada naik turun ? normal bebeh ^^

kenape tetibe tak macam dulu ? wondering ?

the answer is aku tak nak jadi penyebab kau dengan dia tak boleh together. get it ? faham ?

aku ada reasons kenape aku buat macam tu. aku pun perempuan. aku tahu dalam hati kau ade dia. kan ? so what  are you waiting for ? come on. dia pun tunggu kau. im pretty sure about that. 



babe, kita still member. yang beza now kita tak rapat macam dulu. its okay lah. demi kebahagiaan kau demi siapa dalam hati kau tak salah kan aku kurang rapat dengan kau. aku yakin one day nanti aku pun akan jumpa orang yang sayang aku yang dapat terima aku seadanya macam mana kau sayang dia macam mana kau terima dia seadanya . aku yakin dengan JANJI ALLAH ^_^

so aku harap kau happy kan dia macam mana kau happy kan aku bila aku serabut. haha. kita still member okay. aku always ada bila kau perlukan aku. nama pun member kan *_*


tak salahkan aku nak sayang kau ? :D

10 May 2013

People $_$

bila dah masuk dunia Universiti, makin banyak ragam manusia aku jumpa. makin membuatkan aku menjadi matang untuk choose to be with anyone. makin membuatkan aku rasa dapat menilai orang. but PLEASE DUN JUDGE A BOOK BY ITS COVER BEBEH ! =D 


kenape ? sebabnya aku dah mention entry before ni.

so dah melangkah alam yang syiok abis ni... soal kahwin tu kira macam agenda yang wajib. haha. well umur dah meningkat kan. so tak salah pon nak cakap pasal kahwin. kan ??

tapi yang menjadi persoalan, kahwin tyme study ni okay ke ? tak ke menyusahkan ? yelah maybe untuk sesetengah orang okay je KOT. tapi kalau 2 2 still study, tak ke macam payah sikit ? ish korang kata aku ni kolot kan. but betul ape, let say la kalau 2 2 degree students then still study tahun yang sama then duit belanja parents yang kasi dengan duduk kat hostel, bukan ke macam susah nak ade privacy ?? tu cmne pulak ??



tapi personally aku sendiri suka cakap pasal kahwin. hikhik ^^
tapi nampaknya kena tunggu lepas hari graduation lah. maybe dapat kerja then baru kahwin =)



yang menjadi tanda soal besaqqqq dalam kepala aku ni kan, contohla seorang student ni dia letakkan syarat kat boifren dia nak hantaran berpuluh ribu dengan nak ade kereta sendiri and rumah sendiri TAPI DIRI SENDIRI MACAM GAMBAR NI





faham tak maksud aku ? maksudnye dengan sifat malas perempuan tersebut adakah akan menjamin kerajinan beliau bila sudah berkahwin nanti ?????? adakah akan berubah 360 darjah sifat beliau ?? ermmmmm...... #thinking


most of that kan, aku kalau boleh nak tegur tapi aku rase semua dah besar and dah tahu kan kewajipan yang paling utama kita as muslim hidup atas muka bumi ALLAH ni...


lagipun takkan parents korang tak tekan kan pasal kewajipan yang paling utama ni kan ? emmmmm.......

so pesanan aku secara menyeluruh dengan rasa rendah hati, jom semuaaa JANGAN TINGGAL SOLAT. kalau boleh pleaseeeeee lahhh jaga solat....


maaflah kalau ada sesiapa terasa. kita semuaaa kawan kan. ade masa nya aku bukan taknak tegur cuma aku rasa kita semua dah cukup matang untuk faham benda benda yang remeh tu. yes memang remeh sampai korang anggap its nothing. haha. besar ye impact dia if tak buat....



then kalau aku ade buat kesalahan just tegur. tegur je.aku takkan makan hati. sebab aku makan nasik ^_^

PRU 13 *-*

Terlebih dahulu aku taknak lah entry aku kali ni mengundang kemarahan sape sape. so please please please be OPEN YOUR MIND dengan post aku pasal politik. okay ? if okay boleh continue baca. if tak okay please BLAH =)





result PRU 13 tak payah rasanya nak kasi tahu. kan ? so aku just nak mengutarakan pendapat aku.

personally, kenapa orang tak suka PM kita ? well jawapan aku selalu dapat, beliau rasuah terbesar, bla bla bla.... and macam macam lah jawapan NEGATIVE aku dapat bila google, baca blog sini sana... haihh  -.-"




 so korang yang mana ? perlu ke kita memburukkan kan lagi keadaan yang kita tak tahu KEBENARAN dia .... yeah aku bukan nak kata aku tahu everything. but boleh tak just stop FITNAH MEMFITNAH. dari memfitnah bagai baik korang bunuh je. sama je kan dosa dia. *jangan ikot okay. sape ikot bangang*


kalau nak di ikutkan anwar dgn najib, sama je kot rasenye cerita negative dari yag positive. kan ? tapi kenape still cerita negative yang korang timbulkan ??

apa kata korang carik lah story dimana najib dengan anwar JADI IMAM SOLAT ke... BUAT KERJA GOTONG ROYONG ke... kan  bagus macam tu.... =)



lepas tu yang aku still tak faham, STUDENTS ! weh kalau PTPTN mansuh then jadi biasiswa korang rasa MALAYSIA bankrup tak ? ade fikir ? haiyaaa... then korang rase korang akan study HARD macam sekarang tak ? yelahh dah semua nak FREE kannn...

isu yang lain tu aku dah bahaskan dah dengan senior sekolah aku. and dia takde jawapan. nak jugak aku mention ke ? *on fb carik post seminggu yang lepas *


kalau free education adekah relevan for all students ? for sure ade yang belajar ke laut sedangkan now they all tahu berhutang dgn ptptn but still belajar ke laut. then kalau mansuh tol, macam mana dengan pekerja tol ? adekah mereka akan diberi pekerjaan dengan cara tidak payah carik kerja sendiri or they still need search for any jobs ? then adekah R n R akan bersih seperti sekarang dengan ketiadaan tol ? sebab cleaner semua kerja undet plus kan ? lepas tu if harga kereta turun, mcmne dengan harga import export. kalau tak silap kte proton is one of Malaysia highest income for economy. kalau harga kereta rendah, its meant that Malaysia economy stabil ? saman pulak kalau free bermakna makin ramai lah yang langgar peraturan JKR ? sedangkan kene bayar saman now still ramai main langgar je peraturan. bukankah itu akan membuat Malaysian attitude makin rundum ?? harga barang keperluan tu rasenya 1Malaysia shop dah lowest price da.. wifi free pulak sedangkan jepun yang maju abis tu takde wifi free all the times, cmne Malaysia nak dapat ?
then aku ade komen lagi....

 sebabnye kte dah tanye pade page2 fb pembangkang yang aktif. tapi takde jawapan. kte search kat internet still tak dapat jwpn. curious sgt kuat ..
 tapi serious aku tanye sume page tu takde jawapan kepada soalan aku. so anyone can help me on this ??????????




BERSYUKUR lah dengan apa yang kita dapat now. BERSYUKUR. boleh ? okay aku kasi example la ye... relatives aku sporean and diaorang kat sana sume education sangat memerlukan ongkos yang tinggi. example my cousin same age dengan aku, nak masuk Uni kat sana susah ye. bayar sana bayar sini. hello SINGAPORE guna dollar okay. 2 times dengan RINGGIT MALAYSIA. lagi lah dengan kouta orang melayu islam yang sikit. not easy. so boleh tak BELAJAR BERSYUKUR ? =)



lepas tu yang aku tak faham isu blackout tu. ape masalah korang ? dah TNB kata takde blackout, so terima lah kenyataan. ni lah orang kita. sikit sikit nak komplen sana sini. siap FITNAH lagi. ish ish. nampak tak sape yang suka fitnah sape ? nampak ? aku tak mention sape sape okay. sendiri terasa lahh. siap pakai gambar kaler hitam. wow ! amazing . kenape tak teruskan je sokongan korang terhadap blackout tu dengan memakai DP kaler HITAM. =)




so aku just kasi apa yang terlintas dalam otak aku sepanjang PRU 13. tu je okay. nak accept, accept lah. taknak sudah. bukan aku kesah pun. hahaha. so apa apa pun aku mengharapkan ini ^_^



 BUT still ade mulut yang berkata kata seperti ini " ELEY TAKOT KALAH LAH TU NEXT PRU. TU YANG NAK BERGABUNG " . my words HOTAKLUU. hello manusia, PEMBANGUNAN , PEMODENAN, PERLU SELARAS DENGAN AJARAN ISLAM. BUKAN FITNAH SANA FITNAH SINI. get it ? okay cun (^_^)




1 REJAB 1434H (=

SALAM JUMAAT SEMUA ^_^


well well well pagi pagi buta mira dah call aku ( lepas solat subuh ) "juju juju dah mandi ke ? " " awat naa mira ? " " juju pergilah mandi " " eh asal pulak ? kelas start kul 7am ke ? " " HAHAHA bukanlah juju. kelas batal pagi ni " " SERIOUS ??" "yelahh. miss tak sihat "" ohhhh okayyyy *with bigggggggg smileeeeee* "

on the spot aku taip text terus spread the smile morning news to others.... =)

by the way aku bukan nak story pasal case pagi tadi.. but.....


Sempena bulan Rejab ni, marilah kita sama sama memperbaiki diri kita. ye dok ? =)






1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.



3 May 2013

LONG TIME NO SEE (:

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ^_^


heyy lama sudahh tak update ini belog. what ? #INIKALILAH ? haha... no politic here. eh since when zulaika no politic here ?

hahahaha. okay lah aku pun tak tahu nak start dari mana. sebab terlalu lama dah tak buat karangan :)

so where should i start ?

maybe not about PRU13. for this entry jela. after this maybe about PRU 13.

so so so... lets we start with my life :)

as usual. nothing special. yes. serious. nothing special. just maybe bertambah matured. yelah dah everyday hadap something new. ofcoz lah bertambah matang. BUT not on my face okay. tu still awet muda mehh. i meant my mind. more open minded, more think wisely and more accept others opinion ^_^

dalam hidup ni kita sangat memerlukan perubahan. sebelum kita membuat perubahan pada sesuatu or orang lain. we should make some changes for our own self. INDEED !

so do i. aku pun nak sangat berubah kepada yang baik. maybe not the perfect one. but still the terbaik of me. not for others. only for myself. aku nak jugak jadi kawan yang sporting, cool, baik. anak yang solehah, yang boleh diharap even im the youngest in my family. nak jugak jadi student yang awesome. maybe not dean list but still on that target. semua orang nak yang terbaik untuk diri dia kan.

PALAPES still the top on my life. i love them. i love my skuad. i love making them as one of my important now. sebab if aku tak join them im nothing. aku tak kenal anyone kat UTHM ni. at least now bila pergi jalan mana mana ada jugak orang yang aku kenal. boleh say HAI. boleh ajak bergurau. yes i love doing that. macam kat matrik dengan sekolah dulu lah kiranya. kenal orang lain. dapat tengok cara orang lain. seronok taw. satu kepuasan pada aku. eh anyway kitaorang dah nak habis dah life as Junior. done for ANNUAL CAMP, LATIHAN BERTERUSAN. and Insha ALLAH Intermediate - to - be (=

1BPA. dah nak setahun bersama kan. aku dah start rapat dengan diaorang. actually they are awesome. suka buat lawak. hahaha. always happy lah bila pergi kelas. nothing makes me down. eh eh tapi...... ade tapi tu yang tak best. biarlah. yang penting kita semuaaaa HAPPY. kan.

heyhooo. aku terasa tak sabar lah nak story pasal PRU. haha. nampak tak semangat berpolitik aku ni (=

25 January 2013

BELAJAR DARI BAWAH =)

Assalamualaikum and salam sejahtera semua =)

well as we know, anak dara specially mesti and WAJIB belajar masak... so i have several tips for us to follow... but this does not meant aku ni terer bab bab masak... but kita sama sama mula dari bawah okay =)

aku bukan nak ajar korang memasak.. tapi skill.. cara yang aku belajar start dari bawah... apa yang aku belajar dari mak kesayangan aku since aku form 1... *even aku duduk hostel but it does not meant aku tak kene belajar masak*

first of all, korang tak payah nak belajar masak yang susah susah... okay aku buat point la ye senang nak baca =D


  • tengok cara mak korang ke bibik ke ayah ke masak... perhatikan 1st thing yang diaorang buat masa masuk dapur...
  • kalau nak belajar, toksah belajar yang complicated... belajar yang basic...example belajar kupas bawang putih, bawang kecik besar, kentang and yang lain lain... 
  • belajar cara nak potong sayur... contoh kacang buncis kalau nak goreng lebih cun potong serong....
  • kalau kobis pulak kene buang 1st layer if baru beli dari pasar... sebab commonly 1st layer ni tak sesuai nak masak...
  • belajar pilih ikan kat pasar... belajar nama nama jenis ikan... then belajar jugak ikan ape yang sesuai untuk masak apa... contok ikan parang sedap kalau masak lemak cili api yang kaw kaw !
  • then belajar tengok ikan tu segar macam mana... contoh ikan cencaru nak tahu dia segar ke tak tengok kat bawah ingsang dia tu.. kalau merah means ikan tu fresh.... kalau pucat tu tak berapa segar...
  • pastu belajar siang ikan... ade certain ikan nak siang tu leceh... contoh ikan keli... ade part yang kita kene buang.... 
  • siang ikan ni agak payah sikit pada mulanya.... lama lama okay jee... tangan luka tercucuk tulang tu semua normal lah... sikit je tu... letak minyak gamat hilang la luka...
  • then bila dah tahu yang basic semua... 1st thing benda yang kita as perempuan kene belajar masak is GORENG GORENG... ni bukan kes "goreng" macam time exam okay...
  • means kita belajar goreng ikan.... goreng ayam... goreng ikan bilis....
  • sebabnya nak goreng ni kena ada cara... kita kena make sure air cucian tu kita tos kan dulu... sebab air campur dengan minyak akan terletus letupan manja... 
  • jangan risau lah kalau minyak terpercik kat tangan ke muka ke .... sebab tu semua normal untuk mereka yang baru belajar masak... 
  • api gas tu pulak tak boleh besar menyala macam kat tepi pantai tu... hangus lahh ayam ke ikan korang nanti... ni bukan BBQ okay...
  • kalau nak ikan ke ayam goreng korang cepat masak, make sure api tu sederhana tak besar tak kecik...
  • sebab kita nak isi dalam ayam or ikan tu masak.... so api kene lah cun...
  • haaa lupa pulak nak mention.... GORENG TELUR... ni kalau korang tak pass... please lah mantapkan... 
  • tak kesah lah telur dadar ke... telur setengah masak ke telur masak suku suku ke... scramble ke telur rebus ke... telur mata lembu ke mata kerbau ke mata unta ke suka hati korang lahh...
  • most important is korang tahu cara nak goreng telur supaya ia tak HANGUS !
  • nak rebus telur pun kene tahu jugak macamne... jangan lupa letak garam sikit...
  • masak nasi .... okay ni penting okay... 
  • masak air tu kalau tak tahu please lah shamed of yourself....
  • bila korang dah mantap yang basic.... baru lah korang move on yang masak mudah mudah...
  • contohnya ayam masak merah, ayam kicap, ikan masak 3 rasa.... kira jenis yang simple...
  • bila dah pass masak yang mudah... baru lah masak yang susah.. bukan susah cuma memerlukan kesabaran... contohnya masak rendang tapi guna ayam kampung....
  • ayam kampung tu kene lah make sure dia empuk... as we know, ayam kampung ni liat... tapi sedap..
  • then belajar lah masak kari.... masak lemak.... masak segala apa lahh...
  • kene make sure jugak tahu masak sayur... sayur rebus ke goreng ke belacan ke... belajar slow slow okay...
  • seingat aku, aku belajar masak sayur dulu baru masak nasi... HEHEHE =D


* kita perempuan kena lah belajar masak dari sekarang...

* belajar masak semua jenis masakan sebab kita tak sure suami kita yang SAH tu suka makan apa...

* macam aku taip atas sekali tu... kalau malas tahap gaban sekali pun... duduk dapur and tengok cara mak korang masak... 

* insyaAllah perasaan nak masak tu akan datang dengan sendirinya....

* tak kesah lah masak cara barat ke timur ke selatan ke utara ke yang penting is KITA BELAJAR...

* kita kene tahu cara lain jugak... means cara masak air guna cerek biasa bukan guna heater.... ha belajar jugak cara pakai kayu api....

 *bukan apa.... kita tak tahu sapa mak mertua kita.. kot kot dia nak test kita masak cara lama... ha no ones know kann...

* so make sure kita dah ready lah.... mak mertua ni banyak types... ada yang jenis tak kesah tapi takkan kita nak mak mertua kita tengok kita dengan pandangan yang biasa kann...

* ada yang jenis tegur depan depan... haaa malu tu tahan la ye... sila tebalkan muka... HAHA

* ada jugak jenis yang depan okay tapi belakang mengata... siap cerita dengan kawan kawan dia.. MALU OK... okay mudah mudahan tak dapat yang ni.. HAHA

*  apa apa pun moh ler kita belajar dari sekarang kan... 

 BAK KATA UAI.... TAKPE TAK PANDAI MASAK... YANG PENTING RAJIN MASAK... PRACTICE MAKES PERFECT KAN....

contohnya hari ni masak sayur terlebih garam, esok kurangkan garam... betul tak ?

aku pun still proses belajar.... aku pun student macam korang... aku pun belum kahwin... aku pun NAK MINTAK MAAF kalau ada yang tak betul.... =)

INI SEMUA UNTUK DIRI KITA JUGAK, BUKAN UNTUK SAPA SAPA * ayat jurulatih aku *

^ ladies, please lah nak kahwin tu korang pandai lah masak sikit sikit... tak pro takpe... belajar please... aku jadik malu bila ada cerita yang sampai telinga aku GATAL NAK KAHWIN MUDA TAPI MASAK HAMPEH ^

saya malu kawan kawan. apatah lagi yang kahwin muda tu sebaya saya..... marilah kita mantapkan diri sendiri =)

 MAAF KALAU  SAYA SILAP SEPANJANG IDEA IDEA MEREPEK NI KELUAR 
^_^
I AM STILL LEARNING....

24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau bersamaan tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 ( hari Khamis ) 

ALHAMDULILLAH jumpa lagi 12 Rabiulawal untuk 1434 Hijrah ni... so tema untuk tahun ni ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ^_^

mesti ramai yang tertanya tanya asal kali ni aku skema semacam ? haha. okay aku starting this entry dengan yang fakta pasal hari yang berbahagia ni.. then baru aku cerita pengalaman sepanjang 21 tahun aku hidup and sambut Maulidur Rasul =)

okay firstly aku nak story asal usul sambutan Maulidur Rasul ni....

sumber dari : clik clik clik

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.


okay dah abis ! semoga kita tidak sahaja nak selawat ke atas Baginda , baca Quran and lain lain untuk masa masa tertentu je... but do it anytime ye semua... tu semua saham kita kat akhirat kelak.... mudah mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman... amin =)


NOW TIBA MASANYA UNTUK AKU STORY PASAL PENGALAMAN AKU PULAK.. OYEAHHH !

okay personally aku sangat RINDU zaman zaman sambut Maulidur Rasul kat SEKOLAH RENDAH, SEKLAH AGAMA, and SEKOLAH MENENGAH ^_^

lets me start with SEKOLAH RENDAH...

masa sekolah rendah adalah masa yang terlalu AWESOME untuk aku... asal ? sebab bila Maulidur Rasul mesti berarak bagai. pastu makan ramai ramai dalam dulung *bukan masuk dalam dulung okay* means makanan dihidang dalam dulang... pastu kene lah carik member dalam 5 or 6 orang untuk makan bersama... sebab dulu sekolah rendah masing maing tong *perot* kecik je.. sekarang kalau satu dulung makan 5 or 6 orang memang bertambah lah nampaknye.. hikhik... okay then masa sambutan tu mesti masing masing nak pakai baju cantik cantik siap nak sama warna dengan bestfriend... cute taw dulu aku kecik kecik...rasa best jee... then siap dapat bawak balik makanan lagi.. sebab aku rapat dengan cikgu * ni bukan kes bodek okay . sebab semua orang actually dapat bawak balik nasik. muehaha * SK PASIR GUDANG 4 is the awesome wonderful sekolah untuk aku.. terlalu banyak kenangan manis aku kat sekolah tu =)


SEKOLAH AGAMA....

aku ade 2 sekolah agama.. satu kat Taman Mawar ni je since aku KAFA sampai DARJAH 3 and satu lagi kat Taman Air Biru start aku DARJAH 4 sampai DARJAH KHAS * Alhamdulillah*.. 
as usual lah pagi pagi dah berarak... dengan sepanduk semua... havoc jugaklah masa sekolah agama  ni...sebab aku berpeluang untuk mempersembahkan nasyid... hehehe... even tak jadi solo tapi aku berdiri kat depan.. hahaha nak jugak inter frame kannn... yelah zaman kanak kanak kann... tapi sekolah agama punye sambutan selalunye lambat sehari dari sekolah rendah sebab kalau sama hari ramai lah tak datang kan.. perot masing masing kecik tak muat punye nak isi makanan... sekolah agama ni best sebab ustazah ustazah time time macamni lah tak garang.. hikhik.. kalau tak masing masing pegang rotan.. aku pun seram... disebabkan para ustazah and ustaz semua penuh ilmu didada, so ceramah selalunye mereka je yang bagi... jimat duit sekolah... =)


SEKOLAH MENENGAH....

SMK AGAMA JOHOR BAHRU ! wow ini sekolah manyak simpan kenangan nakal aku mehh... HAHAHA...
ape yang best gila sekolah aku ni masa sambutan Maulidur Rasul ??  mesti lahhh ade pertandingan perarakan... haha.. well batch aku batch paling sempoi... so selalu je kitaorang menang perarakan even bukan dapat 1st place pon... kain rentang semua buat sendiri ... masing masing tolong each other... seronok taw.. lagipun kitaorang duduk hostel so anytime boleh je jumpa... tapi aku tak ingat pulak aku ade tolong ke tak.. haha... yang aku ingat aku join berarak sekali... sebab seronok dia memang tak terkata... dengan pakai baju ikot tema warna batch sendiri , dengan hias pakaian semua lah... seronok... pastu kumpulan nasyid tiap batch kene perform... wah batch aku complete pakej ! semua ada.. haha.. then masing masing handsome and cun lagi okay .... cuma apa yang beza sekolah aku ni, nasyid perempuan tidak digalakkan sebab suara tu kan aurat... ye dok ? makan ? nak taknak makanan dewan makan tu lah yang jadi tatapan kitaorang sepanjang 5 tahun.. hahaha... makan jelah apa yang ada.. rezeki kan ... now masing masing dah jaoh... ada kat German, Mesir, Jordan, Japan, UK, and MALAYSIA ! =)

aku rindu korang semua. SEMUA okay. aku harap kita semua tak sombong each other and somoga ukwah yang terjalin antara kita akan kekal sampai syurga and semoga segala ilmu Agama yang kita dapat sepanjang 5 tahun kat sekolah tu dapat bimbing kita ke jalan yang benar.. amin ^_^

MATRIKULASI....

KMJ ade eh Maulidur Rasul ? wehhh serioussss aku lupa ingatannn !!!!! errghhh!! 2 tahun aku kat sana aku tak ingat ! haha... apa yang aku ingat hanyalah keseronokan berada kat KMJ and keadik beradikkan kitaorang kat sana =)

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )



23 January 2013

DAILY FOR HOLIDAY ?

well cuti cuti macam ni.. ape aktiviti student macam aku ??



1 ) bangun pagi semestinya bermasalah

2 ) breakfast dengan lunch secara autonya akan bergabung as BRUNCH !

3 ) then makan akan berganda dari biasa ! what i meant here, kat cafe makan akan beli dengan memikirkan kolestrol, lemak and so on lah *paahal fikir harga* BUT kat rumah everything gonna be changed ! automatically okay...

4 ) ikot mak ke hulu dan ke hilir. maksudnya ikot kemana saja mak pergi macam klinik, pasar, rumah kawan mak, meeting mak, and apa apa la....

5 ) menonton TV and MOVIE non stop ! fuh ni bahaya. semua cerita aku belasah.... dari yang childhood sampai lah atas 18 tahun....



6 ) niat nak update belog akan terbatal disebabkan lalai dengan rancangan dekat tv....

7 ) buku ? ohhh....

8 ) menjadi pemalas untuk spend time dengan segala enjoyable activitiessss kat luar sana...



9 ) menjadi seorang yang GEDIK secara auto disebabkan faktor umur *aku paling muda weh kat umah ni.muehahahaha*

10 ) BE STALKER ! untuk awak yang selalu ada dalam doa saya =)



11 ) dalam otak macam macam nak buat, banyak tempat nak pergi, tapi tu semua hanyalah impian. HAHA

12 ) mop rumah, kemas rumah, masak, and segala kerja yang biasa korang nampak dalam TV bibik bibik buat haa aku kene buat. asal ? yelah aku anak dara. dah bagus dapat bangun lambat. so buat jelah kerja kerja tu. aku jugak yang untung. kot kot mak mertua tetibe datang * Assalamualaikum, kami rombongan lelaki datang nak meminang NUR ZULAIKA BINTI SAMOD * ohh goshhhh !!! 


17 January 2013

1st semester holiday ^_^

wow ! tengok atas je dah rasa heaven kan. mana ada orang tak suka holiday. tak kesahlah holiday kat rumah ke jamban ke mana mana lah. yang penting HOLIDAY ! =D

holiday ni maksud dia cuti. *kalau refer any dictionary* so cuti means tak buat apa apa selain buat bodoh. hikhik.

cuti sem is one month kan. tapi aku cuti 2 weeks je. lagi 2 weeks pergi camp. camp ape ? palapes la =)

so for this annual camp, aku terlepas 2 events. which are holiday dengan family besar and also reunion sekolah rendah. and and and also terlepas kakak sedara kahwin. huhu. takpelah. askar kan kene banyak berkorban. hehe. selamat takde boifren. kalau ada sure sure encik boifren kene beralah.

cuti balik rumah je tumpuan utama is TV. semestinya channel HBO, FMP, AXN, DIVA menjadi pilihan. okay WARNA dgn MUSTIKA pun memang aku layan. aku jenis suka tengok rancangan orang putih than indon,korea sume tu. i'm not addicted with korea, japan but english movie. kalau tengok dalam external aku pun majoriti cerita english. sebab even cerita diaorang merepek dengan kissing bagai tapi cerita diorang tak menjela jela macam cerita indon. then satu jela, as muslim and muslimat kita jangan mudah terpengaruh dengan language yang orang putih guna. sebab diorang ni banyak mencarut selain kutuk negara sendiri and sometimes agama sendiri. HUHU.. so watchout okay..

life as student and stayed at hostel means taht bukan rumah... awesome okay bila cuti balik rumah. bangun lewat, makan sesuka hati sebab free, buat semua benda ikot sesedap diri and semua lah bebas. memang hidup kat  U tu bebas, tapi lain lah dengan kat rumah. rumah ni semua ada. kau masuk dapur everything is complete. masuk rumah semua benda ada. haha. nampak sangat aku ni jenis homesick.

homesick ? well almost 9 years aku duduk hostel and homesick tu memang ada dalam diri aku. weh rumah tu kira syurga dunia weh. sebab tu aku pelik bila budak budak ni habis exam tak reti nak balik rumah. oi rugi weh. selain dapat jumpa family kau dapat jumpa katil bilik kau. haha. katil tu ibarat magnet pada aku. alwaysss nak ade dengan aku bukan aku nak sangat dengan katil tu. haha.

so i will start new semester on 18th february 2013 and tolonglahhh sapa sapa free jommmmm lepakkk main bowling ke movie ke makan makan ke. takde hal lah =)

16 January 2013

is it LOVE ?

MORNING MORNING MORNING.... hahaha. ini kira ganti LISTEN LISTEN LISTEN.... korang bukan boleh dengar pun kata hati aku.. lagi tepat KATA HATI CINTA ^_^

cinta ? yes since aku dah masuk 21 tahun and 2 weeks ramai tanya... BILA NAK KAWEN ? is it too early to says all those thing to me ? aku still student. aku masih belajar and most important is, SAYA SINGLE =)

yeah that's totally true okay ! SAYA MASIH SINGLE. SAYA HAK MAK AYAH SAYA. SAYA HAK KEKAL ALLAH S.W.T

soronok tengok member yang dah ada pasangan. sometimes i got jealous about it. i meant someone that always besides you when you up and down, either. bukan setakat ada ALLAH, mak, ayah, abang, akak, adik, friends bagai... but someone that can makes your all days perfect. SMILE. oh ALLAH i miss that feeling when he always beside me =')

................................................................................................................................................................

dear ladies, please behave yourself when you are with your lover. i meant jaga maruah diri, jaga diri, jaga kehormatan diri. for me as long as you know how to take care of yourself , everything is gonna be perfect. is okay if your lover addict with all his games stuff. better than if he flirt with OTHER GIRL kannn.. nothing to worry just DOA HE IS THE BEST FOR YOU ^_^

so ape sebenarnye yang aku nak taip ? can i just say i am with love with him ? sape ? biarlah sesiapa pun. aku always nak elak dengan dia ....................................................................................................................................... haha. sewel aku ni. entahlah. since bila pun aku tak tahu. yeah his is belonging to someone else. dia mengaku. and..... yeah ramai lagi lelaki lain zulaika =)

susahkan bila hati sudah terpaut. even aku mengadu dengan mira aku suka kat RH but SM still in my mind. uh . sori mira. sometime aku rasa aku ni seorang yang setia *cewahhhhhh* but betul. admit ! haha. tapi takkan aku nak suka orang yang dah berpunya kan. i am not type of person. entah laaa ~ ~ ~

now kat facebook ke twitter ke dah banyak sangat post pasal COUPLE IS HARAM. yes memang haram. tapi suka each other without declare anything tu bukan couple kan. still consider love without title. cehhh pepadai aku je. hahaha. tapi sweet taw orang yang in love ni. buat semua benda mensti ada orang support. best. tak pernah bosan sebab anytime free je nak texting ke watsup ke bbm ke on call ke.... seronok ^_^   yelah maybe one day nanti aku dapat rasa semua tu. bila ? ALLAH je yang tahu bila....

so so so *listen listen listen* terasa this blog is like my diary kan. hehehe *gelak segan* orang boleh kata even takde boifren or girlfren still boleh having fun dengan family, friends, buddies... but the felling is totally difference ! lain ! sebab ? rasalah sendiri ye. *hehehehe* walaupun ada je yang menafikan. and aku nak classify kan orang yang MENAFIKAN ni. maybe mereka dalam golongan TAK PERNAH COUPLE, BARU LEPAS CLASH, TAK PERNAH MERASA ADA SOMEONE SPECIAL CARE ABOUT THEM, RASA BENDA TU DOSA, and so on.

love ? something yang indah and no one can deny the special feeling. love with family, friends, all subject for next sem and palapes. that's me right now. sekian. *gaya lisa surihani dalam IAD* xoxo. publish ! hahaha...