25 January 2013

BELAJAR DARI BAWAH =)

Assalamualaikum and salam sejahtera semua =)

well as we know, anak dara specially mesti and WAJIB belajar masak... so i have several tips for us to follow... but this does not meant aku ni terer bab bab masak... but kita sama sama mula dari bawah okay =)

aku bukan nak ajar korang memasak.. tapi skill.. cara yang aku belajar start dari bawah... apa yang aku belajar dari mak kesayangan aku since aku form 1... *even aku duduk hostel but it does not meant aku tak kene belajar masak*

first of all, korang tak payah nak belajar masak yang susah susah... okay aku buat point la ye senang nak baca =D


  • tengok cara mak korang ke bibik ke ayah ke masak... perhatikan 1st thing yang diaorang buat masa masuk dapur...
  • kalau nak belajar, toksah belajar yang complicated... belajar yang basic...example belajar kupas bawang putih, bawang kecik besar, kentang and yang lain lain... 
  • belajar cara nak potong sayur... contoh kacang buncis kalau nak goreng lebih cun potong serong....
  • kalau kobis pulak kene buang 1st layer if baru beli dari pasar... sebab commonly 1st layer ni tak sesuai nak masak...
  • belajar pilih ikan kat pasar... belajar nama nama jenis ikan... then belajar jugak ikan ape yang sesuai untuk masak apa... contok ikan parang sedap kalau masak lemak cili api yang kaw kaw !
  • then belajar tengok ikan tu segar macam mana... contoh ikan cencaru nak tahu dia segar ke tak tengok kat bawah ingsang dia tu.. kalau merah means ikan tu fresh.... kalau pucat tu tak berapa segar...
  • pastu belajar siang ikan... ade certain ikan nak siang tu leceh... contoh ikan keli... ade part yang kita kene buang.... 
  • siang ikan ni agak payah sikit pada mulanya.... lama lama okay jee... tangan luka tercucuk tulang tu semua normal lah... sikit je tu... letak minyak gamat hilang la luka...
  • then bila dah tahu yang basic semua... 1st thing benda yang kita as perempuan kene belajar masak is GORENG GORENG... ni bukan kes "goreng" macam time exam okay...
  • means kita belajar goreng ikan.... goreng ayam... goreng ikan bilis....
  • sebabnya nak goreng ni kena ada cara... kita kena make sure air cucian tu kita tos kan dulu... sebab air campur dengan minyak akan terletus letupan manja... 
  • jangan risau lah kalau minyak terpercik kat tangan ke muka ke .... sebab tu semua normal untuk mereka yang baru belajar masak... 
  • api gas tu pulak tak boleh besar menyala macam kat tepi pantai tu... hangus lahh ayam ke ikan korang nanti... ni bukan BBQ okay...
  • kalau nak ikan ke ayam goreng korang cepat masak, make sure api tu sederhana tak besar tak kecik...
  • sebab kita nak isi dalam ayam or ikan tu masak.... so api kene lah cun...
  • haaa lupa pulak nak mention.... GORENG TELUR... ni kalau korang tak pass... please lah mantapkan... 
  • tak kesah lah telur dadar ke... telur setengah masak ke telur masak suku suku ke... scramble ke telur rebus ke... telur mata lembu ke mata kerbau ke mata unta ke suka hati korang lahh...
  • most important is korang tahu cara nak goreng telur supaya ia tak HANGUS !
  • nak rebus telur pun kene tahu jugak macamne... jangan lupa letak garam sikit...
  • masak nasi .... okay ni penting okay... 
  • masak air tu kalau tak tahu please lah shamed of yourself....
  • bila korang dah mantap yang basic.... baru lah korang move on yang masak mudah mudah...
  • contohnya ayam masak merah, ayam kicap, ikan masak 3 rasa.... kira jenis yang simple...
  • bila dah pass masak yang mudah... baru lah masak yang susah.. bukan susah cuma memerlukan kesabaran... contohnya masak rendang tapi guna ayam kampung....
  • ayam kampung tu kene lah make sure dia empuk... as we know, ayam kampung ni liat... tapi sedap..
  • then belajar lah masak kari.... masak lemak.... masak segala apa lahh...
  • kene make sure jugak tahu masak sayur... sayur rebus ke goreng ke belacan ke... belajar slow slow okay...
  • seingat aku, aku belajar masak sayur dulu baru masak nasi... HEHEHE =D


* kita perempuan kena lah belajar masak dari sekarang...

* belajar masak semua jenis masakan sebab kita tak sure suami kita yang SAH tu suka makan apa...

* macam aku taip atas sekali tu... kalau malas tahap gaban sekali pun... duduk dapur and tengok cara mak korang masak... 

* insyaAllah perasaan nak masak tu akan datang dengan sendirinya....

* tak kesah lah masak cara barat ke timur ke selatan ke utara ke yang penting is KITA BELAJAR...

* kita kene tahu cara lain jugak... means cara masak air guna cerek biasa bukan guna heater.... ha belajar jugak cara pakai kayu api....

 *bukan apa.... kita tak tahu sapa mak mertua kita.. kot kot dia nak test kita masak cara lama... ha no ones know kann...

* so make sure kita dah ready lah.... mak mertua ni banyak types... ada yang jenis tak kesah tapi takkan kita nak mak mertua kita tengok kita dengan pandangan yang biasa kann...

* ada yang jenis tegur depan depan... haaa malu tu tahan la ye... sila tebalkan muka... HAHA

* ada jugak jenis yang depan okay tapi belakang mengata... siap cerita dengan kawan kawan dia.. MALU OK... okay mudah mudahan tak dapat yang ni.. HAHA

*  apa apa pun moh ler kita belajar dari sekarang kan... 

 BAK KATA UAI.... TAKPE TAK PANDAI MASAK... YANG PENTING RAJIN MASAK... PRACTICE MAKES PERFECT KAN....

contohnya hari ni masak sayur terlebih garam, esok kurangkan garam... betul tak ?

aku pun still proses belajar.... aku pun student macam korang... aku pun belum kahwin... aku pun NAK MINTAK MAAF kalau ada yang tak betul.... =)

INI SEMUA UNTUK DIRI KITA JUGAK, BUKAN UNTUK SAPA SAPA * ayat jurulatih aku *

^ ladies, please lah nak kahwin tu korang pandai lah masak sikit sikit... tak pro takpe... belajar please... aku jadik malu bila ada cerita yang sampai telinga aku GATAL NAK KAHWIN MUDA TAPI MASAK HAMPEH ^

saya malu kawan kawan. apatah lagi yang kahwin muda tu sebaya saya..... marilah kita mantapkan diri sendiri =)

 MAAF KALAU  SAYA SILAP SEPANJANG IDEA IDEA MEREPEK NI KELUAR 
^_^
I AM STILL LEARNING....

24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau bersamaan tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 ( hari Khamis ) 

ALHAMDULILLAH jumpa lagi 12 Rabiulawal untuk 1434 Hijrah ni... so tema untuk tahun ni ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ^_^

mesti ramai yang tertanya tanya asal kali ni aku skema semacam ? haha. okay aku starting this entry dengan yang fakta pasal hari yang berbahagia ni.. then baru aku cerita pengalaman sepanjang 21 tahun aku hidup and sambut Maulidur Rasul =)

okay firstly aku nak story asal usul sambutan Maulidur Rasul ni....

sumber dari : clik clik clik

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.


okay dah abis ! semoga kita tidak sahaja nak selawat ke atas Baginda , baca Quran and lain lain untuk masa masa tertentu je... but do it anytime ye semua... tu semua saham kita kat akhirat kelak.... mudah mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman... amin =)


NOW TIBA MASANYA UNTUK AKU STORY PASAL PENGALAMAN AKU PULAK.. OYEAHHH !

okay personally aku sangat RINDU zaman zaman sambut Maulidur Rasul kat SEKOLAH RENDAH, SEKLAH AGAMA, and SEKOLAH MENENGAH ^_^

lets me start with SEKOLAH RENDAH...

masa sekolah rendah adalah masa yang terlalu AWESOME untuk aku... asal ? sebab bila Maulidur Rasul mesti berarak bagai. pastu makan ramai ramai dalam dulung *bukan masuk dalam dulung okay* means makanan dihidang dalam dulang... pastu kene lah carik member dalam 5 or 6 orang untuk makan bersama... sebab dulu sekolah rendah masing maing tong *perot* kecik je.. sekarang kalau satu dulung makan 5 or 6 orang memang bertambah lah nampaknye.. hikhik... okay then masa sambutan tu mesti masing masing nak pakai baju cantik cantik siap nak sama warna dengan bestfriend... cute taw dulu aku kecik kecik...rasa best jee... then siap dapat bawak balik makanan lagi.. sebab aku rapat dengan cikgu * ni bukan kes bodek okay . sebab semua orang actually dapat bawak balik nasik. muehaha * SK PASIR GUDANG 4 is the awesome wonderful sekolah untuk aku.. terlalu banyak kenangan manis aku kat sekolah tu =)


SEKOLAH AGAMA....

aku ade 2 sekolah agama.. satu kat Taman Mawar ni je since aku KAFA sampai DARJAH 3 and satu lagi kat Taman Air Biru start aku DARJAH 4 sampai DARJAH KHAS * Alhamdulillah*.. 
as usual lah pagi pagi dah berarak... dengan sepanduk semua... havoc jugaklah masa sekolah agama  ni...sebab aku berpeluang untuk mempersembahkan nasyid... hehehe... even tak jadi solo tapi aku berdiri kat depan.. hahaha nak jugak inter frame kannn... yelah zaman kanak kanak kann... tapi sekolah agama punye sambutan selalunye lambat sehari dari sekolah rendah sebab kalau sama hari ramai lah tak datang kan.. perot masing masing kecik tak muat punye nak isi makanan... sekolah agama ni best sebab ustazah ustazah time time macamni lah tak garang.. hikhik.. kalau tak masing masing pegang rotan.. aku pun seram... disebabkan para ustazah and ustaz semua penuh ilmu didada, so ceramah selalunye mereka je yang bagi... jimat duit sekolah... =)


SEKOLAH MENENGAH....

SMK AGAMA JOHOR BAHRU ! wow ini sekolah manyak simpan kenangan nakal aku mehh... HAHAHA...
ape yang best gila sekolah aku ni masa sambutan Maulidur Rasul ??  mesti lahhh ade pertandingan perarakan... haha.. well batch aku batch paling sempoi... so selalu je kitaorang menang perarakan even bukan dapat 1st place pon... kain rentang semua buat sendiri ... masing masing tolong each other... seronok taw.. lagipun kitaorang duduk hostel so anytime boleh je jumpa... tapi aku tak ingat pulak aku ade tolong ke tak.. haha... yang aku ingat aku join berarak sekali... sebab seronok dia memang tak terkata... dengan pakai baju ikot tema warna batch sendiri , dengan hias pakaian semua lah... seronok... pastu kumpulan nasyid tiap batch kene perform... wah batch aku complete pakej ! semua ada.. haha.. then masing masing handsome and cun lagi okay .... cuma apa yang beza sekolah aku ni, nasyid perempuan tidak digalakkan sebab suara tu kan aurat... ye dok ? makan ? nak taknak makanan dewan makan tu lah yang jadi tatapan kitaorang sepanjang 5 tahun.. hahaha... makan jelah apa yang ada.. rezeki kan ... now masing masing dah jaoh... ada kat German, Mesir, Jordan, Japan, UK, and MALAYSIA ! =)

aku rindu korang semua. SEMUA okay. aku harap kita semua tak sombong each other and somoga ukwah yang terjalin antara kita akan kekal sampai syurga and semoga segala ilmu Agama yang kita dapat sepanjang 5 tahun kat sekolah tu dapat bimbing kita ke jalan yang benar.. amin ^_^

MATRIKULASI....

KMJ ade eh Maulidur Rasul ? wehhh serioussss aku lupa ingatannn !!!!! errghhh!! 2 tahun aku kat sana aku tak ingat ! haha... apa yang aku ingat hanyalah keseronokan berada kat KMJ and keadik beradikkan kitaorang kat sana =)

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )



23 January 2013

DAILY FOR HOLIDAY ?

well cuti cuti macam ni.. ape aktiviti student macam aku ??



1 ) bangun pagi semestinya bermasalah

2 ) breakfast dengan lunch secara autonya akan bergabung as BRUNCH !

3 ) then makan akan berganda dari biasa ! what i meant here, kat cafe makan akan beli dengan memikirkan kolestrol, lemak and so on lah *paahal fikir harga* BUT kat rumah everything gonna be changed ! automatically okay...

4 ) ikot mak ke hulu dan ke hilir. maksudnya ikot kemana saja mak pergi macam klinik, pasar, rumah kawan mak, meeting mak, and apa apa la....

5 ) menonton TV and MOVIE non stop ! fuh ni bahaya. semua cerita aku belasah.... dari yang childhood sampai lah atas 18 tahun....



6 ) niat nak update belog akan terbatal disebabkan lalai dengan rancangan dekat tv....

7 ) buku ? ohhh....

8 ) menjadi pemalas untuk spend time dengan segala enjoyable activitiessss kat luar sana...



9 ) menjadi seorang yang GEDIK secara auto disebabkan faktor umur *aku paling muda weh kat umah ni.muehahahaha*

10 ) BE STALKER ! untuk awak yang selalu ada dalam doa saya =)



11 ) dalam otak macam macam nak buat, banyak tempat nak pergi, tapi tu semua hanyalah impian. HAHA

12 ) mop rumah, kemas rumah, masak, and segala kerja yang biasa korang nampak dalam TV bibik bibik buat haa aku kene buat. asal ? yelah aku anak dara. dah bagus dapat bangun lambat. so buat jelah kerja kerja tu. aku jugak yang untung. kot kot mak mertua tetibe datang * Assalamualaikum, kami rombongan lelaki datang nak meminang NUR ZULAIKA BINTI SAMOD * ohh goshhhh !!! 


17 January 2013

1st semester holiday ^_^

wow ! tengok atas je dah rasa heaven kan. mana ada orang tak suka holiday. tak kesahlah holiday kat rumah ke jamban ke mana mana lah. yang penting HOLIDAY ! =D

holiday ni maksud dia cuti. *kalau refer any dictionary* so cuti means tak buat apa apa selain buat bodoh. hikhik.

cuti sem is one month kan. tapi aku cuti 2 weeks je. lagi 2 weeks pergi camp. camp ape ? palapes la =)

so for this annual camp, aku terlepas 2 events. which are holiday dengan family besar and also reunion sekolah rendah. and and and also terlepas kakak sedara kahwin. huhu. takpelah. askar kan kene banyak berkorban. hehe. selamat takde boifren. kalau ada sure sure encik boifren kene beralah.

cuti balik rumah je tumpuan utama is TV. semestinya channel HBO, FMP, AXN, DIVA menjadi pilihan. okay WARNA dgn MUSTIKA pun memang aku layan. aku jenis suka tengok rancangan orang putih than indon,korea sume tu. i'm not addicted with korea, japan but english movie. kalau tengok dalam external aku pun majoriti cerita english. sebab even cerita diaorang merepek dengan kissing bagai tapi cerita diorang tak menjela jela macam cerita indon. then satu jela, as muslim and muslimat kita jangan mudah terpengaruh dengan language yang orang putih guna. sebab diorang ni banyak mencarut selain kutuk negara sendiri and sometimes agama sendiri. HUHU.. so watchout okay..

life as student and stayed at hostel means taht bukan rumah... awesome okay bila cuti balik rumah. bangun lewat, makan sesuka hati sebab free, buat semua benda ikot sesedap diri and semua lah bebas. memang hidup kat  U tu bebas, tapi lain lah dengan kat rumah. rumah ni semua ada. kau masuk dapur everything is complete. masuk rumah semua benda ada. haha. nampak sangat aku ni jenis homesick.

homesick ? well almost 9 years aku duduk hostel and homesick tu memang ada dalam diri aku. weh rumah tu kira syurga dunia weh. sebab tu aku pelik bila budak budak ni habis exam tak reti nak balik rumah. oi rugi weh. selain dapat jumpa family kau dapat jumpa katil bilik kau. haha. katil tu ibarat magnet pada aku. alwaysss nak ade dengan aku bukan aku nak sangat dengan katil tu. haha.

so i will start new semester on 18th february 2013 and tolonglahhh sapa sapa free jommmmm lepakkk main bowling ke movie ke makan makan ke. takde hal lah =)

16 January 2013

is it LOVE ?

MORNING MORNING MORNING.... hahaha. ini kira ganti LISTEN LISTEN LISTEN.... korang bukan boleh dengar pun kata hati aku.. lagi tepat KATA HATI CINTA ^_^

cinta ? yes since aku dah masuk 21 tahun and 2 weeks ramai tanya... BILA NAK KAWEN ? is it too early to says all those thing to me ? aku still student. aku masih belajar and most important is, SAYA SINGLE =)

yeah that's totally true okay ! SAYA MASIH SINGLE. SAYA HAK MAK AYAH SAYA. SAYA HAK KEKAL ALLAH S.W.T

soronok tengok member yang dah ada pasangan. sometimes i got jealous about it. i meant someone that always besides you when you up and down, either. bukan setakat ada ALLAH, mak, ayah, abang, akak, adik, friends bagai... but someone that can makes your all days perfect. SMILE. oh ALLAH i miss that feeling when he always beside me =')

................................................................................................................................................................

dear ladies, please behave yourself when you are with your lover. i meant jaga maruah diri, jaga diri, jaga kehormatan diri. for me as long as you know how to take care of yourself , everything is gonna be perfect. is okay if your lover addict with all his games stuff. better than if he flirt with OTHER GIRL kannn.. nothing to worry just DOA HE IS THE BEST FOR YOU ^_^

so ape sebenarnye yang aku nak taip ? can i just say i am with love with him ? sape ? biarlah sesiapa pun. aku always nak elak dengan dia ....................................................................................................................................... haha. sewel aku ni. entahlah. since bila pun aku tak tahu. yeah his is belonging to someone else. dia mengaku. and..... yeah ramai lagi lelaki lain zulaika =)

susahkan bila hati sudah terpaut. even aku mengadu dengan mira aku suka kat RH but SM still in my mind. uh . sori mira. sometime aku rasa aku ni seorang yang setia *cewahhhhhh* but betul. admit ! haha. tapi takkan aku nak suka orang yang dah berpunya kan. i am not type of person. entah laaa ~ ~ ~

now kat facebook ke twitter ke dah banyak sangat post pasal COUPLE IS HARAM. yes memang haram. tapi suka each other without declare anything tu bukan couple kan. still consider love without title. cehhh pepadai aku je. hahaha. tapi sweet taw orang yang in love ni. buat semua benda mensti ada orang support. best. tak pernah bosan sebab anytime free je nak texting ke watsup ke bbm ke on call ke.... seronok ^_^   yelah maybe one day nanti aku dapat rasa semua tu. bila ? ALLAH je yang tahu bila....

so so so *listen listen listen* terasa this blog is like my diary kan. hehehe *gelak segan* orang boleh kata even takde boifren or girlfren still boleh having fun dengan family, friends, buddies... but the felling is totally difference ! lain ! sebab ? rasalah sendiri ye. *hehehehe* walaupun ada je yang menafikan. and aku nak classify kan orang yang MENAFIKAN ni. maybe mereka dalam golongan TAK PERNAH COUPLE, BARU LEPAS CLASH, TAK PERNAH MERASA ADA SOMEONE SPECIAL CARE ABOUT THEM, RASA BENDA TU DOSA, and so on.

love ? something yang indah and no one can deny the special feeling. love with family, friends, all subject for next sem and palapes. that's me right now. sekian. *gaya lisa surihani dalam IAD* xoxo. publish ! hahaha...





5 January 2013

HAPPY NEW YEAR 2013 MASIHI ^_^

2013 FULFILL WITH HARDSHIP ! aww capslock nampak =D



Bismillah Alhamdulillah merasa jugak aku tahun 2013M ni.... well banyak ni stok stok nak di story kan... eh ? bukan tengah mood exam ke zulaika ? haiya setelah ditambah tolak darab bahagi square bagai, i still have 5 days for my next paper PENGAJIAN ISLAM ^_^

aik kene ambik pengajian Islam ? itu subjek U untuk UTHM ni so wajibla ambik kan.... kanak kanak yang belum masuk U tu mesti tak faham amende la subjek U la bagai tuu... relax okay *aku dulu pun buat buat faham supaya tak nampak bodoh sgt* ... just focus on your ZAMAN PERSEKOLAHAN yang full dengan happy happy great moment gituh  *_*

okay lets me starts dengan the latest okay ?

1st Jan 2013

HAPPY NEW YEAR !!!! * bunga api sepah sepah. boom ! boom ! *



okay tidak seperti yang digambarkan ye anak anak. asal ? before 12am aku dah ngorok !! hahaha... ye ah 1jan aku exam maaa !! MATH FOR MANAGEMENT. kau ade ? haha... nothing special pada aku malam tahun baru selain buat latihan math and yes sempat tengok movie ^_^


2nd Jan 2013

apakah yang telah berlaku dengan tarikh ini ?? MY BIRTHDAY LAHH... yang ke ??? hehe... ALHAMDULILLAH 21 TAHUN ^_^



hey saya dah dewasa saya dah oleh keluar mengundilahhhh ..... seronok bak hanggg !!! bangun pagi that day terus senyih sorang sorang *gila itu saya* yelahh sapa tak happy dah cecah umur 21 tahun ! hehehehe. ape lah yang happy sangat dah 21 tahun ni ?


banyak wooo ~ first DAH BOLEH JOIN UNDI UNDI POLITICS NI *i like* the others yang masih bawah 21 tahun tu senyap senyap jangan nak kepoh pasal politik kahkahkah *ketawa setan*
then of course da dapat sikit kunci fikir pasal jodoh kann... HAHAHA ! adik adik yang masih bersekolah sila teruskan pakai baju sekolah tuuu ! jangan nak kepoh pasal cintan cintun ni...
then bila orang cakap pasal jodoh je aku malas nak layan.. asal ? patah hati ke kak oi ?? agak ahh.. haha... susah zaman sekarang ni... bila kita suka kat orang tu, orang tu dah berpunye.. takpelah zulaika oi... DOA =)
as usual lah aku kalau orang mintak nasihat bagai aku suroh doa je. kenape ? bukan aku malas nak layan tapi dari membebel tak masal baik USAHA THEN DOA.. easy je nasihat aku yang ringkas dan padat... *fuhh*
lepas tu ( aigo banyak sangat lepas tu minah ni ) rasa diri dah matang... ye saya matang dari segi pemikiran.. orang kata PENGALAMAN BUAT DIRI KITA MATANG... aku setuju sangat dah tuu...

apa yang penting azam aku tahun 2013 ni nak abiskan sem 1 sem 2 dan sem 3 =)


3rd Jan 2013

tarikh ni tarikh heaven aku sebab :

1 ) bangun pagi lambat gilaaa
2 ) movieeessss all the day
3 ) tak mengadap buku
4 ) tidooooooo

okay tu jela =D


4th Jan 2013

aku tak ingat apa berlaku masa ni. haaa yang aku ingat aku tengok ONG BAK 3.



*clap clap clap*




UNIVERSITY MAYBE ^_^

ASSALAMUALAIKUM SEMUA =)

Alhamdulillah dah nak abis dah sem 1 aku kat UTHM ni.. rasa kejap ke ? lama je aku rasa.. hahaha... okay lahh now tengah musim exam... aku exam 1JAN, 2JAN ( belated birthday akuu ! ) , 8JAN, 11JAN, and lastly 15JAN. 

wish me all the best luck and dipermudahkan jawab semua soalan okay =)

sepanjang sem 1 ni aku sedar aku banyak sangat honeymoon. hehe. orang akan kata " alah kejutan budaya je tu " bukanlah korang. aku memang macamni. masa form 4 pun aku honeymoon jugak. memang aku suka honeymoon. takdelah serabut hidup. okay now ade lagi 3 paper aku kene hadapi. GO JUJU GO !!!

life kat U sangat berbeza orang lain kata. aku nak jugak kasi pendapat even baru 1 sem kat UTHM ni. everything is depends on yourself to decide sebenarnya. kenape ? sebab kalau korang jenis SERABAI plus CIBAI memang ke LAUT la. hehe.yang penting pepandailah jaga diri. carik kawan bukan musuh. 


so far exam okay je pada aku. sebab aku memang bukan suka target tinggi. sebab aku tahu tahap aku dari dulu kat mana. MAKE A CHANGES ZULAIKA ! selalu sangat aku dengar ayat ni. bukan taknak, tapi memang aku entah ~

sebenarnya aku nak kata aku happy and BERSYUKUR sangat dapat tempat kat IPTA ni. bukan apa. ramai lagi kat luar tu nak masuk IPTA tapi tak dapat. tu yang aku sangat bersyukur sebab ALLAH still kasi aku peluang walaupun aku ni macamni maksud aku pemalas =)

YEEYY DAH ABIS SEM 1 AND 7 SEM TO GO !!! woot woot 7 sem lagi ?? omaiiiiii LAMA LAGI TUU !! relax sudah. just enjoy your UNI life and SMILE ^_^