24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau bersamaan tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 ( hari Khamis ) 

ALHAMDULILLAH jumpa lagi 12 Rabiulawal untuk 1434 Hijrah ni... so tema untuk tahun ni ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ^_^

mesti ramai yang tertanya tanya asal kali ni aku skema semacam ? haha. okay aku starting this entry dengan yang fakta pasal hari yang berbahagia ni.. then baru aku cerita pengalaman sepanjang 21 tahun aku hidup and sambut Maulidur Rasul =)

okay firstly aku nak story asal usul sambutan Maulidur Rasul ni....

sumber dari : clik clik clik

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.


okay dah abis ! semoga kita tidak sahaja nak selawat ke atas Baginda , baca Quran and lain lain untuk masa masa tertentu je... but do it anytime ye semua... tu semua saham kita kat akhirat kelak.... mudah mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman... amin =)


NOW TIBA MASANYA UNTUK AKU STORY PASAL PENGALAMAN AKU PULAK.. OYEAHHH !

okay personally aku sangat RINDU zaman zaman sambut Maulidur Rasul kat SEKOLAH RENDAH, SEKLAH AGAMA, and SEKOLAH MENENGAH ^_^

lets me start with SEKOLAH RENDAH...

masa sekolah rendah adalah masa yang terlalu AWESOME untuk aku... asal ? sebab bila Maulidur Rasul mesti berarak bagai. pastu makan ramai ramai dalam dulung *bukan masuk dalam dulung okay* means makanan dihidang dalam dulang... pastu kene lah carik member dalam 5 or 6 orang untuk makan bersama... sebab dulu sekolah rendah masing maing tong *perot* kecik je.. sekarang kalau satu dulung makan 5 or 6 orang memang bertambah lah nampaknye.. hikhik... okay then masa sambutan tu mesti masing masing nak pakai baju cantik cantik siap nak sama warna dengan bestfriend... cute taw dulu aku kecik kecik...rasa best jee... then siap dapat bawak balik makanan lagi.. sebab aku rapat dengan cikgu * ni bukan kes bodek okay . sebab semua orang actually dapat bawak balik nasik. muehaha * SK PASIR GUDANG 4 is the awesome wonderful sekolah untuk aku.. terlalu banyak kenangan manis aku kat sekolah tu =)


SEKOLAH AGAMA....

aku ade 2 sekolah agama.. satu kat Taman Mawar ni je since aku KAFA sampai DARJAH 3 and satu lagi kat Taman Air Biru start aku DARJAH 4 sampai DARJAH KHAS * Alhamdulillah*.. 
as usual lah pagi pagi dah berarak... dengan sepanduk semua... havoc jugaklah masa sekolah agama  ni...sebab aku berpeluang untuk mempersembahkan nasyid... hehehe... even tak jadi solo tapi aku berdiri kat depan.. hahaha nak jugak inter frame kannn... yelah zaman kanak kanak kann... tapi sekolah agama punye sambutan selalunye lambat sehari dari sekolah rendah sebab kalau sama hari ramai lah tak datang kan.. perot masing masing kecik tak muat punye nak isi makanan... sekolah agama ni best sebab ustazah ustazah time time macamni lah tak garang.. hikhik.. kalau tak masing masing pegang rotan.. aku pun seram... disebabkan para ustazah and ustaz semua penuh ilmu didada, so ceramah selalunye mereka je yang bagi... jimat duit sekolah... =)


SEKOLAH MENENGAH....

SMK AGAMA JOHOR BAHRU ! wow ini sekolah manyak simpan kenangan nakal aku mehh... HAHAHA...
ape yang best gila sekolah aku ni masa sambutan Maulidur Rasul ??  mesti lahhh ade pertandingan perarakan... haha.. well batch aku batch paling sempoi... so selalu je kitaorang menang perarakan even bukan dapat 1st place pon... kain rentang semua buat sendiri ... masing masing tolong each other... seronok taw.. lagipun kitaorang duduk hostel so anytime boleh je jumpa... tapi aku tak ingat pulak aku ade tolong ke tak.. haha... yang aku ingat aku join berarak sekali... sebab seronok dia memang tak terkata... dengan pakai baju ikot tema warna batch sendiri , dengan hias pakaian semua lah... seronok... pastu kumpulan nasyid tiap batch kene perform... wah batch aku complete pakej ! semua ada.. haha.. then masing masing handsome and cun lagi okay .... cuma apa yang beza sekolah aku ni, nasyid perempuan tidak digalakkan sebab suara tu kan aurat... ye dok ? makan ? nak taknak makanan dewan makan tu lah yang jadi tatapan kitaorang sepanjang 5 tahun.. hahaha... makan jelah apa yang ada.. rezeki kan ... now masing masing dah jaoh... ada kat German, Mesir, Jordan, Japan, UK, and MALAYSIA ! =)

aku rindu korang semua. SEMUA okay. aku harap kita semua tak sombong each other and somoga ukwah yang terjalin antara kita akan kekal sampai syurga and semoga segala ilmu Agama yang kita dapat sepanjang 5 tahun kat sekolah tu dapat bimbing kita ke jalan yang benar.. amin ^_^

MATRIKULASI....

KMJ ade eh Maulidur Rasul ? wehhh serioussss aku lupa ingatannn !!!!! errghhh!! 2 tahun aku kat sana aku tak ingat ! haha... apa yang aku ingat hanyalah keseronokan berada kat KMJ and keadik beradikkan kitaorang kat sana =)

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.