ALHAMDULILLAH....
tahun ni dapat sambut kat rumah LAGI ! ~
hehehe... baiklah sempena menyambut maal hijrah ni, saya menyeru kepada anda semua untuk membaca doa ini....
doa akhir tahun baca lepas solat asar and doa awal tahun baca lepas solat magrib. easy kan ? kalau nak baca yang rumi pun tak jadi masalah. sebab ALLAH tu Maha Mengetahui. DIA tahu semuaaaaa bahasa...
tak jelas gambar atas ? nah ~
nak yang rumi ? ambik ~
tema tahun ni ialah " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH "
apa tu ? hehe.... meh aku expalin sikit....
* mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
* juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dandiversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity” -perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik dan diampuni Allah.
* bukan pula bermaksud semata-mata iaitu bagi sama rata, tetapi adalah melalui pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ia juga bukanlah duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
* juga memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
* sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
DENGAN INI DENGAN RENDAH DIRI AKU NAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA MANUSIA AND YANG BUKAN MANUSIA JUGAK.
dapat buku baru so mestilah semua nak yang baik baik je kan =)
mudah mudahan kita menjadi lebih baik walaupun tak akan menjadi yang terlalu baik. marilah kita menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah.
marilah kita sama sama berubah ke arah yang lebih baik sebelum terlambat ^_^
ESOK JANGAN LUPA PUASA SUNAT RAMAI RAMAI OKAY PEOPLE ~




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.